Owner Archives Links Entries

Layout Name: Awesomeness Grey
Layout By: annafarays
Images: weheartit

ShoutMix chat widget

POSTED ON: Monday, July 26, 2010 @ Monday, July 26, 2010 | 1 comments

ANUGERAH ITU...

Salam alaik.... :)

"Sahabatku ...pimpinlah tanganku......bawaku menuju jalan yang diredhai-Nya..Janganlah lepas tanganku...andaiku te
rsungkur setialah kamu dlm menghulurkan tangan mu"

...Sudah merangkap 3 minggu rasanya perkara itu berlaku dalam diriku...posting kali ini ku dedikasi kan khas buat kamu teman-teman ku....masih ku ingat tarikah keramat 11 Julai 2010 ya..tarikh yang sangat melakar sejarah dalam hidupku masanya lebih kurang jam 2 petang tepat.....

Paginya jiwa kita disirami dgn secebis taz
kirah dari cikgu Azmi. Ku kira ramai yang ter'syahid' semasa slot ini sedang berlangsung mungkin penat memasak tanggapan di dalam hati ku (x boleh nafi sy pn ngantuk gak)....

Disusuli slot seterusnya ya itu adalah slot terakhir untuk kem tahunan kita pada tahun ini...."slot luahan rasa bersama akak-akak fc"........slot yang mungkin agak sayu tapi cukuplah untuk aku katakan ia amat mendidik jiwa kita ......tentang kamu terutamanya sahabatku.Slot ini sudah banyak mengajar ku erti bersahabat biarlah kerana Allah dengan itu tiadanya perasaan iri hati dan dengki sesama kita.

lagu ini yang kita dendangkan di awal permulaan slot

Usai sahaja slot itu melabuhkan tirai, semua bergegas ke khemah masing-masing.Gelisah semuanya gara-gara hujan renyai-renyai...habis baju hijau basah...Alhamdullilah diberi kelonggaran untuk pulang ke MATRI dengan pakaian selain baju hijau...."lega" desis hatiku....

Banyak ujian yang Allah beri kepada kumpulan ku sejak waktu pagi lagi...banyak menguji diri kami sesama ahli kumpulan.Semua ujian itu ya jujur ku kata "undercontrol"...(kami berjaya masak ayam masak kicap...Allah tolong jua akhirnya).Memang tidak ku duga kumpulan saya mungkin 3 terakhir yang lambat makan tengahari tapi saya tak kisah sebab hempas pulas masak akhirnya berjaya membuah hasil.... :) Itulah nikmat namanya.

Tiba-tiba hujan mula turun dengan mencurah-curah.Lebat tak pernah disangka desis ku.Kami segera berkemas lari dari tapak perkhemahan ke tapak kafeteria yang memang dibina khas di bawah bumbung.Ya itu adalah pengalaman yang paling manis.Semua orang berganding bahu mengangkut barang kumpulan masing-maisng dari basah.

Ku lihat jam tepat pukul 2 petang.Masih teringat ada bekas makanan untuk ahli kumpulan yang sakit belum diambil.Lantas segera aku percepatkan langkah tanpa memikirkan keselamatan..tiba-tiba Prappp!!!...

Sahabatku bukan sakitku yang ingin ku gambarkan di dalam posting kali ini tapi cukuplah aku katakan mulianya kamu semua.Baru paginya di 'tarbiyah' bahawa teman adalah segala-galanya dan teman yang mulia itu adalah teman di kala susah dan senang. Allah memang menguji keikhlasan kita dalam bersahabat.

Namun, kita bersahabat dan bersama bukanlah selama-lamanya kerna akan ada 1 masa kita akan terpaksa berpisah. Percayalah kata-kataku teman di MATRI adalah teman yang terbaik . Ikatlah ukhwah kita dengan sentiasa mendoakan antara satu sama lain.Berkawanlah kita kerana Allah kerana di akhirat nanti akan ada 7 naungan di bawah naungan Allah iaitu salah satunya adalah 2 orang yang bersahabat kerana Allah.

Himpunlah senda tawa kita kerna andainya engkau kerinduan itulah penawarnya. Kiranya tempias membasahi jendelamu, itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu. Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu, itulah tandanya ada sesuatu terjadi pada diriku. Sesungguhnya aku mencintai mu sahbat lebih dari nyawaku. Semoga Allah menjagamu di sepanjang persahabatan kita ini.

-blessings heart-
p/s : kadang2 kita kena belajar untuk bersyukur apa yang ada depan mata kita...

POSTED ON: Saturday, June 12, 2010 @ Saturday, June 12, 2010 | 0 comments

Perjalanan ini masih jauh.......

Pernahku mengukir apa itu erti bersahabat dalam kamus hidup ini........ya sahabat...teman...rakan seperjuangan punya banyak erti dan makna yang tersirat di sebaliknya........ada yang tak jemu-jemu menasihati ada pula yang tak jemu-jemu menarik kita ke kancah negatif..........masih ada insan seperti ini ......benarlah hidayah Allah itu di mana-mana sahaja....nak jadi baik dan soleh memang susah tapi kalau kita cuba ya....Allah pasti bantu....dengan adanya rakan soleh di sisi kita pasti kita juga akan terjangkit penyakit 'soleh' itu..

"Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. Genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hamba-Nya yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat."

Sunyi… Kosong...
Itulah dua perkataan yang dapat kuungkapkan, yang menggambarkan keadaan diriku pada malam ini.

Hatiku sangat sunyi, sayu, kosong dan rindu, rindu pada perjuangan dakwah yang selama ini dilalui dengan penuh semangat dan ketabahan, rindu pada sahabat-sahabat yang selama ini memberi dorongan pada diriku tanpa kusedari.

Rindu pada kesibukan dakwah sehingga tiada masa lapang yang tinggal, rindu pada pesanan-pesanan dan nasihat untuk diri ini yang sentiasa dan amat lemah, rindu untuk meneruskan perjuangan Allah dan Rasul-Nya

"Assalammualaikum wbt enti. Maaf, ana rasa ana dah tak mampu lagi nak teruskan perjuangan dalam kerja dakwah. Ana betul-betul sudah tidak larat enti.
Ana sudah tidak mampu untuk berkorban masa dan tenaga ana untuk dakwah.
Ana nak mufaraqah, ana harap enti tak akan telefon ana buat
sementara waktu ni.
Ana belum bersedia untuk berhadapan dengan en
ti.
Wassalam”

Pantas sahaja tanganku menaip sms khas buat m
urabiku

.

Ya Allah, betulkah tindakanku ini?
Tetapi, aku tidak sanggup lagi Ya Allah.
Aku tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan-Mu
dan penuh tekad aku mufaraqah dari jalan dakwah
yang menjadi sunnah perjuangan Rasulullah SAW.

Hatiku menjadi semakin tenang dan lega kerana segala bebanan yang selama ini bersarang di hati, telah kuluahkan. Aku telah berterus-terang dan aku merasakan bahawa inilah hak yang patut aku dapat. Aku mula merancang perjalanan hidupku di dunia yang baru kelak, pasti banyak dapat aku lakukan kerana tiada sudah pembahagian masa yang perlu aku buat untuk jalan dakwah. Tambahan pula, sekarang waktu cuti, jadi aku mempunyai masa untuk mengatur semula hidupku apabila bermulanya musim kuliah nanti. Aku bertekad untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti kelak.

Tetapi, aku berfikir sejenak, macam mana dengan pengisian rohaniku?
Makanan rohaniku?

Ah, tak payah fikir. Pergi sahaja ke masjid, dengar ceramah, pergi ke kelas-kelas agama, kekalkan amalan harian yang sama selama ini dilakukan.
InsyaAllah kau masih mampu bertahan.

Inilah kata hatiku yang kukira sudah tepat dengan diriku. Namun, aku ingatkan panas sampai ke petang, namun rupanya hujan di tengah hari. Puas aku menangis kerana perancangan hidupku gagal, namun rupanya Allah ingin hadiahkan aku pelangi yang sangat indah dan cantik.

Aku rasa puas kerana impianku tercapai. Banyak sijil dan penghargaan telah kuterima di atas penglibatanku.

Perhubungan antara lelaki dan perempuan, yang cukup aku jaga dahulu, hilang entah ke mana. Kalau kiranya aku dapat melihat catatan malaikat Raqib dan Atid, pasti catatan di sebelah kiriku semakin hari semakin banyak. Banyak dosa telah aku himpunkan, namun satu perkataan taubat pun tidak aku pohon daripada-Nya. Mungkin kerana keseronokan hidup yang aku alami sekarang dan juga kepuasan diri yang aku idam-idamkan selama ini.

Namun, sebenarnya, rasa puas itu hanya terpamer di riak wajah sahaja kerana, saban hari aku mula lalai dengan hidupku, lalai dengan dunia yang menjanjikan keseronokan yang palsu. Dalam seminggu, hanya 1 atau 2 ceramah atau kuliah di masjid yang aku hadiri, itupun kalau aku teringin nak pergi. Nak menjaga amalan harian pula sangatlah susah. Aku mula menjauhkan diri dari melakukan solat dhuha, kemudian, bacaan mathuratku, tahajudku, istighfarku dan paling menyedihkanku ialah bacaan al-Quranku. Entah ke mana perginya. Alhamdulillah, imej seorang muslimah masih aku kekalkan kerana itu sudah sebati dalam diriku.

Aku mula rasa bosan dengan cara hidupku yang begini. Saban hari aku merungut kerana banyak masa kosong yang tidak terisi. Padahal lambakan tugasan menantiku, sehinggalah pada suatu hari, aku terasa sangat sunyi dan rindu, rindu pelukan dan kasih sayang daripada Allah SWT, rindu pada nikmat-Nya, rahmat-Nya dan buat pertama kalinya aku rindu pada cara hidup Islam yang sebenar. Aku terasa terasing di bumi sendiri.

Malam itu aku menangis sepenuh hati, menangis kerana aku rasa akulah hamba Allah yang paling hina sekali, menangis memohon keampunan daripada Allah dan ketika itulah Allah memberikan hidayahNya. Seoarang muallaf, kenalanku semasa sama-sama belajar di matrikulasi dulu, menelefonku. Memang tepat pada waktunya, dia bertanyakan keadaanku.

Bagaimana.. adakah jalan tarbiyah masih menjadi laluan?
Adakah cara hidup islam itu masih aku amalkan sepenuhnya?

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku menangis semahu-mahunya dan menceritakan apa yang telah kulalui selama ini. Aku mengadu padanya kerana aku tahu, hanya dialah sahabat yang Allah telah pilih untuk membantuku dan dialah yang Allah pilih untuk menjadi laluan kepadaku berpatah semula di jalan dakwah ini.

Bermula episod malam itu, aku tutup semua kisah hidupku semasa aku tersasar dari landasan dakwah ini. Aku bina hidup baru dengan harapan baru dan sinar cahaya Islam yang semakin bersinar.

Aku bangkit kembali daripada kejatuhan
dan cukuplah, aku tidak sanggup jatuh lagi.

Aku mahu terus berdiri
dan berlari dalam memperjuangkan Islam.

Aku akan pastikan hidayah Allah adalah milikku
dan aku tidak akan berpaling lagi dari jalan ini.

Jalan yang membawa perubahan ke dalam diriku
dan aku yakin dengan apa yang aku lakukan.

"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad (47:7)
Ingatlah!!!

← Older / Scroll Back Up / Newer →

The Blog Owner

WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE.

Previous posts

→ APA persediaan kita??
→ Jom Balik!!
→ SIMBOL 'PEACE' - MILIK SIAPA!?? Salam hor...
→ Apa yang tidak kita sedar (Peringatan buat diri ...
→ <!--[if gte mso 9]> Normal 0 21 ...
→ FACEBOOKFacebook banyak baik dan buruknya...ar...
→ "Ramadan pergi tidak beerti kita juga perlu berhen...
→ AYUH CERMIN DIRI ANDA... Berkata Syeikh Abdul...
→ MATLAMAT...... ada apa dengan matlamat ...
→ ANUGERAH ITU...Salam alaik.... :)"Sahabatku ...pim...

Previous Months

→ November 2008
→ December 2008
→ March 2009
→ July 2009
→ September 2009
→ November 2009
→ December 2009
→ January 2010
→ February 2010
→ March 2010
→ May 2010
→ June 2010
→ July 2010
→ September 2010
→ November 2010
→ December 2010

Going Somewhere?

Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link