POSTED ON: Tuesday, September 7, 2010 @ Tuesday, September 07, 2010 | 0 comments

MATLAMAT...... ada apa dengan matlamat ???
Jelasnya dengan adanya matalamat dalam hidup kita ,kita TIDAK akan mungkin mudah terpesong. Lihat sahaja saban tahun jika ditemu ramah pelajar-pelajar cemerlang UPSR,PMR,SPM dan jika ditanya tentang matlamat hidup mereka pasti mereka akan menjwab ingin berjaya dengan cemerlang dalam hidup ini agar dapat membalas segala jasa dan pengorbanan ibu dan bapa. Kita pula sebagai seorang pelajar yang mendapat tarbiyah dan serapan rohani di MATRI apa pula matlamat hidup kita? Jika ditanya mungkin ramai yang mampu menjawabnya. Ya, pasti jawapannya ingin menggapai mardhatillah atau redha Allah.
Namun adakah ia sekadar ucapan biasa atau kita sering mendengar akak-akak bercakap jadi kita terikut-ikut untuk meniru matlamat mereka yang dalam diri kita sering mengiyakan bahawa matlamat itu sangat baik untuk diikut padahal kita tidak pernah cuba untuk mencapai matlamat tersebut. Teringatku ketika kelas bersama Ustazah Khairul, ada satu tika beliau pernah menhangatkan kelas dengan satu persoalan yang mungkin tidak pernah muncul di benak fikiran kita semua.

"Antunna ada beli tak CD2 yang budak-budak punya dekat koop ...???"
Semua kehairanan dengan soalan ustazah bagi kita itu cuma cd budak-budak,adik-adik kita pun semua dah besar-besar buat apa nak beli kan.Dalam kepala kita hati kita tengah ligat bermadah baik beli KCB :) .Ustazah terus menyambung kata-katanya,

"Antunna tahu tak CD itu semua berguna ...berguna bila antunna dah ada anak nanti,antunna nak terbitkan generasi pewaris macam mana kalau tak kumpul bahan dari sekrang?"
Semua tersenyum simpul, ada yang mengangguk tanda faham.Subhanallah, lihatlah ustazah memang hebat kerana mampu memikirkan untuk generasi 5 tahun yang akan datang.
Memang benar kata-kata ustazah kalau kita tak kumpul bahan-bahan tarbawi dari sekarang macam mana nak terbitkan generasi pewaris masa hadapan.Generasi yang mampu menegakkan ISLAM di muka bumi yang berpegang pada Al-Qur'an dan Sunnah.Jadi jika dirungkai kembali matlamat hidup kita ingin menggapai mardhatilah.Cukupkah dengan kata-kata sahaja?
Jika ingin redha Allah pasti ada usaha samalah seperti analogi di atas jika kita inginkan genersai pewaris yang menengakkan ISLAM pastinya kita mengumpul bahan-bahan tarbawi dari sekarang begitu juga dengan kita, kenapalah kita hanya mengharapkan redha Allah tanapa apa-apa usaha.
Lihat sahaja pahlawan gagah perkasa seperti Salahuddin Al-Ayubbi .Pada usia 14 tahun beliau telah berkhidmat dalam kerajaan yang diperintah oleh Sultan Nuruddin.Beliau juga mewarisi sifat mulia ayahnya dan ketokohan bapa saudaranya, Asadudin Shirkhu.Salahuddin tetap segar di mata dunia di atas kegagahannya dalam menguasai Jurusalem serta menawan beribu-ribu tentera Salib.Pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah setelah 80 tahun dalam kesuraman,berkumandang kembali azan dari Masjidil Aqsa.Beliau juga merupakan pahlawan taat dalam beribadah.
Peribadi beliau menggambarkan bahawa beliau memang jelas matlamat dalam hidupnya malah berusaha mencapainya.Kita bagaimana? Begitulah indahnya peribadi pahlawan unggul.Namanya kekal tersohor.Hidupnya diabdikan sepenuhnya kepada Allah.Matlamat hidup yang jelaslah yang mengiringinya seperti itu.Ayuh teman-teman bangkitlah dari lena mu, buktikan kepada semua bahawa kau juga bisa menggapai matlamat kau itu.Sekadar angan-angan usahlah membuang waktu dengan bermatlamatkan angan-angan sahaja BUKTIKAN!!!