taw ke tak sedar ke tidak????
POSTED ON: Tuesday, December 1, 2009 @ Tuesday, December 01, 2009 | 2 comments
huhuhu.......assalamualaikum.. utk semua pembaca x kiralah umo bper pon tp utk ruangan kali ini penulis tujukan khas utk kwn2 seangktan f3 utk pengetahuan korang ptg td semasa penulis sdg asyik wat keje tetibe jer anset bunyi.....tnde mesej msk?????hurm....tp bunyi kli nih mcm bergetar skitlah jiwa ahaks ahaks merapu lak...kkkk teruskan pembacaandh bunyi mestilah kne bka tndernyer ade org antar something
bunyi mesej 2 cam nih
"salam......ni ade mklmt skit psl pmr....pengawas2 pemeriksa sudah habis periksa kertas dan mrk dijangka akan bersidang pada 1 dan 2 december nih so bnyk2 kan lah doa supaya gred peperiksaan diturunkan"
Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.
huh...penulis mula risau memikirkan tmn2 yg lain satu persatu..mengapa harus begini???kan bgos kalo periksa tanpe result???tp tibe2 penulis teringat kata2 salah seorang tmnya.....
"SESUNGUHNYA ALLAH MENGETAHUI APA YG TERBAIK UTK KITA MAKA BERDOALAH KPDNYA DGN SEIKHLAS-IKHLAS HATI DAN SERENDAH-RENDAH SBGAI HAMBA...BERDOALAH AGAR DPERMUDAHKAN URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT"
hurmmm...alhamdulllah punya tmn sprt itu menasihatiku di kala duka dan lara....jd tmn2 jgn putus hugungan dgn Allah taw ...hurm kalo nk ktekan kwn yg nasihat penulis nih mmg baik form kte gak...susah nk cri org mcm die...die slalu ckp kat penulis yg dia bknnya baik sgt pon (wat x ngaku boley)hurmm...die selalu gak ckp mcm nih kat penulis....
"Jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari. "
hurm .....bkn paras rupa yg dicari tp hati ini hanya mencari seorg shbt yg betul2 jujur dlm bersahabat :) wah2.... hurm kwn kita tu yg pasti bkn lah org KEDAH PERLIS or JOHOR :)
hahahahaahah x yah cari sje jer bg klu ok doakan yg terbaik 4 our results....syg semua pembaca krn Allah......deeeee
x penat pon type...from-precious moment
"Jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari. "
hurm .....bkn paras rupa yg dicari tp hati ini hanya mencari seorg shbt yg betul2 jujur dlm bersahabat :) wah2.... hurm kwn kita tu yg pasti bkn lah org KEDAH PERLIS or JOHOR :)
hahahahaahah x yah cari sje jer bg klu ok doakan yg terbaik 4 our results....syg semua pembaca krn Allah......deeeee
x penat pon type...from-precious moment
Labels: exam
POSTED ON: @ Tuesday, December 01, 2009 | 1 comments
Bismillahirrahmanirrahim..Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,
Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..
Sahabatku,
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.
Sahabatku,
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.
Sahabatku,
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?
Sahabatku,
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini. Sekian dariku.
Sahabatmu,
light of judicious
p/s: ku hanya meng'copy' shj dari iluvislam kerna tgnku begitu malas utk mencoretkan sesuatu.Tp, apa2 pon, terimalah dariku.....
Labels: tazkirah






