Owner Archives Links Entries

Layout Name: Awesomeness Grey
Layout By: annafarays
Images: weheartit

ShoutMix chat widget

POSTED ON: Saturday, September 18, 2010 @ Saturday, September 18, 2010 | 0 comments

PERGINYA SEORANG MUROBBI

Salam alaik.... hari ini 18/9/2010 perginya salah seorang murobbi mithali MATRI yang amat dikasihi oleh pelajar-pelajarnya.Perginya seorang mursyid bukan bermakna Dakwah &tarbiyah itu harus dihentikan malah diteruskan.Ayuh teman teruslah kental dalam perjuangan,teguh dalam dakwah, tawadhuk dan rendah diri dalam setiap perkara. "ISLAH NAFSAKA WAD'HU QAIRUKA....petikan kronologi peristiwa itu juga dari salah seorang blog murrobi MATRI.

Beliau bukan sekadar seorang murabbi bahkan seorang mursyid,Qaid sekaligus merangkap Mudir di MA'AHAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH sejak ia ditubuhkan,bahkan beliaulah pengasasnya.Jasa beliau dalam membentuk dan mendidik masyarakat tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Dengan izin ALLAH SWT kira-kira jam 9.55 pagi tadi Ustaz Dahlan Mohd Zain yang dikasihi telah pulang menemui kekasihnya,ALLAH SWT,setelah 41 hari berada di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.Bermula dengan nazak seawal pagi hari ini setelah dikeluarkan dari wad CCU.kemudian Allahyarhamhu dibawa pulang ke rumah.Di rumah nafasnya semakin lemah,dan akhirnya beliau kembali ke rahmatullah.

Menurut salah seorang doktor pakar di Hospital Tunku Fauziah(HTF) Kangar,Dr Noram,Allahyarham seorang yang kuat.Katanya berdasarkan pengalamannya sebagai seorang doktor agak mustahil bagi seseorang yang telah berusia 70 an mampu bertahan selama itu,tapi inilah kekuatan yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada beliau

Marilah kita mengambil semangat juang telah dicontohkan oleh Allahyarham kepada kita sejak sekian lama.Bukan sekadar bersedih,tetapi menyambungkan apa yang telah diwarisinya kepada kita.Moga-moga kita juga menjadi sehebat Ustaz Dahlan.

Harapannya semoga Allahyarhamhu Ustaz Dahlan b.Mohd Zain ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.Diampukan dosanya.Marilah kita berdoa!!!

POSTED ON: Wednesday, September 15, 2010 @ Wednesday, September 15, 2010 | 0 comments

FACEBOOK

Facebook banyak baik dan buruknya...artikel ini ana petik dari web ustaz Zaharudin.

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian~

p/s: Diri ini juga banyak kekurangan. Tanpa kita sedari banyak dosa-dosa yang telah kita perbuat =')

POSTED ON: Tuesday, September 14, 2010 @ Tuesday, September 14, 2010 | 0 comments

"Ramadan pergi tidak beerti kita juga perlu berhenti dari beribadah.....kerana kita bukan hamba ramadhani tapi kita adalah hamba yang sentiasa mencari keredhaan di sisi Allah .....ibadah yang sedikit tapi berterusan lebih disukai Allah Gandakan amalan, ikhlaskan hati,ayuh tingkatkan diri .... :)"

(isu ini di copy paste di atas kesedaran terhadap pembawaan freemason yang kini berleluasa di Malaysia .....ayuh teman dan pembaca sekalian buka minda anda ....salah satu pembawaan freemason juga adalah dengan nyanyian Lady Gaga ....berhati-hatilah tika mendengar lagu-lagu Inggeris bukan semuanya boleh terima bulat-bulat lebih baik dengar lagu inggeris Maher Zain ke Ysusf Islam ke Sami Yusuf ke dari dengar lagu orang kafir is better to hear orang Islam punya lagu sekurang-kurangnya dapat juga kita mengingati Allah ....."dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang :)")

Iklan Promo Aidilfitri TV3

Baru-baru ini dikecohkan dengan iklan Hari raya tv3 yang menyerupai Hari Krismas. Tapi difahamkan iklan ni dah tak dimainkan lagi dan akan digantikan dengan yang baru. Dr tahu pon bila berjalan-jalan dekat belog orang, jadi mohon share ye. Boleh rujuk sini dan sini untuk mengetahui isu tersebut dengan lebih mendalam dan terperinci.Nak lebih politik pergi belog sana, heh.

Cuma nak tunjuk iklan ni, adakah ianya satu kebetulan, atau pun memang dirancang? Waallahu'alam. Bagi yang tak berapa nak hengat iklan mana, boleh tgk di youtube.

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4
- Budak lelaki Melayu dengan seorang budak perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dan sebagainya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

a) Pasangan budak perempuan berpelukan - Lesbianism/Feminism.Kepala budak lelaki tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

a) Pulau - Singapore lah. (? yang ni tak faham)

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan menunjuk menggunakan jari telunjuk - Perlakuan biadab

Scene 12
- Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

Adakah semuanya berlaku secara kebetulan atau apa? Macam-macam. Realiti dan kospirasi *tiba-tiba

POSTED ON: Tuesday, September 7, 2010 @ Tuesday, September 07, 2010 | 0 comments

AYUH CERMIN DIRI ANDA...

Berkata Syeikh Abdul Kadir Jailani, apabila kamu bertemu seseorang maka lihatlah kelebihan yang ada padanya dan engkau katakan pada dirimu, "Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripadaku.Semoga Allah mengangkat darjatnya."

Sekiranya dia lebih muda daripada kamu katakanlah,"Dia belum lagi menderhakai Allah, tetapi aku telah banyak menderhakai Allah.Tidak diragukan lagi, dia lebih baik daripadaku."

Sekiranya dia lebih tua daripada kamu katakanlah."Dia lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah dari padaku."

Sekiranya dia orang alim katakanlah,"Dia telah diberi Allah apa yang aku tidak dapat dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu."

Sekiranya orang itu jahil katakanlah,"Dia menderhaka kerana kejahilannya,sedangkan aku menderhaka dalam keadaan aku mengetahui dan aku tidak tahu bagaimana keseudahanku dan kesudahannya.

Sekiranya orang itu kafir katakanlah, "Aku tidak tahu."

POSTED ON: @ Tuesday, September 07, 2010 | 0 comments

MATLAMAT...... ada apa dengan matlamat ???

Jelasnya dengan adanya matalamat dalam hidup kita ,kita TIDAK akan mungkin mudah terpesong. Lihat sahaja saban tahun jika ditemu ramah pelajar-pelajar cemerlang UPSR,PMR,SPM dan jika ditanya tentang matlamat hidup mereka pasti mereka akan menjwab ingin berjaya dengan cemerlang dalam hidup ini agar dapat membalas segala jasa dan pengorbanan ibu dan bapa. Kita pula sebagai seorang pelajar yang mendapat tarbiyah dan serapan rohani di MATRI apa pula matlamat hidup kita? Jika ditanya mungkin ramai yang mampu menjawabnya. Ya, pasti jawapannya ingin menggapai mardhatillah atau redha Allah.

Namun adakah ia sekadar ucapan biasa atau kita sering mendengar akak-akak bercakap jadi kita terikut-ikut untuk meniru matlamat mereka yang dalam diri kita sering mengiyakan bahawa matlamat itu sangat baik untuk diikut padahal kita tidak pernah cuba untuk mencapai matlamat tersebut. Teringatku ketika kelas bersama Ustazah Khairul, ada satu tika beliau pernah menhangatkan kelas dengan satu persoalan yang mungkin tidak pernah muncul di benak fikiran kita semua.

"Antunna ada beli tak CD2 yang budak-budak punya dekat koop ...???"

Semua kehairanan dengan soalan ustazah bagi kita itu cuma cd budak-budak,adik-adik kita pun semua dah besar-besar buat apa nak beli kan.Dalam kepala kita hati kita tengah ligat bermadah baik beli KCB :) .Ustazah terus menyambung kata-katanya,
"Antunna tahu tak CD itu semua berguna ...berguna bila antunna dah ada anak nanti,antunna nak terbitkan generasi pewaris macam mana kalau tak kumpul bahan dari sekrang?"

Semua tersenyum simpul, ada yang mengangguk tanda faham.Subhanallah, lihatlah ustazah memang hebat kerana mampu memikirkan untuk generasi 5 tahun yang akan datang.

Memang benar kata-kata ustazah kalau kita tak kumpul bahan-bahan tarbawi dari sekarang macam mana nak terbitkan generasi pewaris masa hadapan.Generasi yang mampu menegakkan ISLAM di muka bumi yang berpegang pada Al-Qur'an dan Sunnah.Jadi jika dirungkai kembali matlamat hidup kita ingin menggapai mardhatilah.Cukupkah denga
n kata-kata sahaja?

Jika ingin redha Allah pasti ada usaha samalah seperti analogi di atas jika kita inginkan genersai pewaris yang menengakkan ISLAM pastinya kita mengumpul bahan-bahan tarbawi dari sekarang begitu juga dengan kita, kenapalah kita hanya mengharapkan redha Allah tanapa apa-apa usaha.

Lihat sahaja pahlawan gagah perkasa seperti Salahuddin Al-Ayubbi .Pada usia 14 tahun beliau telah berkhidmat dalam kerajaan yang diperintah oleh Sultan Nuruddin.Beliau juga mewarisi sifat mulia ayahnya dan ketokohan bapa saudaranya, Asadudin Shirkhu.Salahuddin tetap segar di mata dunia di atas kegagahannya dalam menguasai Jurusalem serta menawan beribu-ribu tentera Salib.Pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah setelah 80 tahun dalam kesuraman,berkumandang kembali azan dari Masjidil Aqsa.Beliau juga merupakan pahlawan taat dalam beribadah.

Peribadi beliau menggambarkan bahawa beliau memang jelas matlamat dalam hidupnya malah berusaha mencapainya.Kita bagaimana?
Begitulah indahnya peribadi pahlawan unggul.Namanya kekal tersohor.Hidupnya diabdikan sepenuhnya kepada Allah.Matlamat hidup yang jelaslah yang mengiringinya seperti itu.Ayuh teman-teman bangkitlah dari lena mu, buktikan kepada semua bahawa kau juga bisa menggapai matlamat kau itu.Sekadar angan-angan usahlah membuang waktu dengan bermatlamatkan angan-angan sahaja BUKTIKAN!!!

← Older / Scroll Back Up / Newer →

The Blog Owner

WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE.

Previous posts

→ APA persediaan kita??
→ Jom Balik!!
→ SIMBOL 'PEACE' - MILIK SIAPA!?? Salam hor...
→ Apa yang tidak kita sedar (Peringatan buat diri ...
→ <!--[if gte mso 9]> Normal 0 21 ...
→ FACEBOOKFacebook banyak baik dan buruknya...ar...
→ "Ramadan pergi tidak beerti kita juga perlu berhen...
→ AYUH CERMIN DIRI ANDA... Berkata Syeikh Abdul...
→ MATLAMAT...... ada apa dengan matlamat ...
→ ANUGERAH ITU...Salam alaik.... :)"Sahabatku ...pim...

Previous Months

→ November 2008
→ December 2008
→ March 2009
→ July 2009
→ September 2009
→ November 2009
→ December 2009
→ January 2010
→ February 2010
→ March 2010
→ May 2010
→ June 2010
→ July 2010
→ September 2010
→ November 2010
→ December 2010

Going Somewhere?

Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link | Link