POSTED ON: Saturday, March 20, 2010 @ Saturday, March 20, 2010 | 0 comments
"Bersama Kesulitan itu ada Kemudahan"
Duhai sahabat....
Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya.

"Bukankah Subuh itu sudah tiba."
Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh itu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.
Rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 kita kerana Dia lebih dekat dari urat leher kita.
dipimpin atau memimpin
POSTED ON: Friday, March 19, 2010 @ Friday, March 19, 2010 | 0 comments

Dipimpin Atau Memimpin
Assalamualaikum... artikel di adaptasi dari iluvislam.com
Setiap individu yang berfikiran waras dan matang haruslah sentiasa bersedia dan kehadapan dalam isu-isu memilih pimpinan ini, mengenal seseorang pemimpin melaui sikap, kecenderungan dan kekuatan pemimpin itu haruslah menjadi salah satu resepi bagaimana seseorang individu menilai bakal pemimpin yang mereka inginkan.
Tidak kira siapapun, kita diberi Allah S.W.T kelebihan masing-masing, samada kita diberikan kuasa selaku pemimpin, kita harus adil kepada diri sendiri dan orang dibawah kita, samada kita selaku orang yang dipimpin kita punya hak untuk menjadi rakyat yang matang dan profesional dalam menilai pemimpin kita.
Samada DIPIMPIN atau MEMIMPIN semuanya harus kembali kepada ALLAH S.W.T, yang lebih MAHA BERKUASA kepada hambaNYA.
Ramuan Memilih Pemimpin
Ada yang mengatakan kita harus memilih pimpinan yang benar-benar mengikut ciri-ciri Muslim sejati dan “Perfect”, ada pula yang berpendapat seseorang pimpinan itu haruslah bijak pandai dalam pelajaran dan ada pula yang berpendapat pemimpin itu dipilih kerana hubungannya dengan rakyat bawahan serta macam-macam lagi kaedah yang begitu subjektif untuk kita membenarkan ia sebati dan sempurna bila diadun.
Bersikap adil pada kehendak sosial haruslah difikirkan dengan lebih terbuka dikalangan kita. Menjadi “Juri” merupakan salah satu pilihan yang harus dipilih oleh kita sebelum menjadi “Hakim” terhadap pimpinan yang bakal dipilih.
Keadaan masyarakat, suasana sosial, kehendak sekeliling haruslah diambil kira dalam menilai siapakah pimpinan yang bakal menerajui sesebuah oraganisasi itu.
Silap Memilih, Hancur Bersilih
Silap menilai untuk memilih pemimpin yang terbaik seringkali menjadi kesalahan utama buat kita. Kesannya cukup-cukup terasa bila anda berada disisi pimpinan. Inilah kesilapan yang benar-benar membuatkan sesebuah organisasi itu hancur bersilih ganti, bila “warisan” ini dikekalkan dan diturunkan ia tidak mampu menjanjikan sesuatu perubahan, malah ia “menjanjikan” satu keadaan yang amat kucar-kacir.
Kerana simpati dan menjaga dasar-dasar persahabatan yang ikatannya yang dikatakan lebih dari saudara, kita sanggup menggadai kepentingan sosial yang jauh lebih utama untuk difikirkan dan dek kerana kemahsyurannya, kita kehilangan dan seolah-olah buta melihat manusia lain yang jauh lebih berbakat dan dek kerana secubit jasa yang kita pernah terima, kita tertutup minda untuk menilai pimpinan yang kita pilih dengan lebih mendalam.
Ianya jadi beban, beban yang berat bagi mereka yang merasai. Tidak dinafikan ianya cukup-cukup susah dan kritikal untuk dinilai, namun ianya satu yang subjektif untuk kita kaji serta huraikan dengan lebih terperinci siapakah pimpinan yang bakal kita pilih dan ianya bukan objektif untuk terus kita tentukan.
Itu kelebihan perkara yang subjektif. Tidak perlu tepuk dada tanya selera. “ketuk hati dan akal, selera itu pelbagai-bagai”.
"Walk The Talk"
Penghayatan pada bicaranya dan bertindak mengikut bicaranya kemudian merubah bermula dengan dirinya sendiri. Siapapun kita bila menjadi pemimpin, kaedah ini haruslah dijadikan sandaran yang terbaik dalam melaksanakan “kerja” yang diberi.
Kita haruslah berani untuk menjadi seorang yang mampu melaksanakan perubahan didalam organisasi yang diceburi. Bekerja di atas dasar “tradisi” membuatkan organisasi berada di tampuk yang lama. Statik dan susah berubah.
Berubah merupakan kunci yang cukup-cukup penting dalam sesebuah kepimpinan, ia juga merupakan salah satu perkara yang harus diambil kira oleh mereka yang dipimpin untuk merubah pimpinan yang benar-benar berjaya. Memilih pemimpin adalah kerana prinsip, falsafah dan nilai yang mereka perjuangkan untuk rakyat. Kuasa adalah amanah dan kuasa adalah tanggungjawab.
Sejarah Satu Pengajaran
Sejarah mendidik kita untuk jauh menilai sesebuah kepimpinan itu dengan lebih matang dan terbuka. Walaupun hanya diperingkat bawahan, namun nilai dan pengajaran dalam sejarah kepimpinan harus diambil kira dan dihayati.
Sejarah membuktikan keberjayaan sesuatu bangsa dan negara itu bukanlah hadir semata-semata kerana kemajuan dan kemodenan semata-mata, namun sikap moral dan sosial sesebuah bangsa yang dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berprinsip teguh yang menjadikan negara itu maju dan berjaya.
Apabila Saidina Abu Bakar Al-Sidiq dipilih menggantikan tampuk pemerintahan Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar berucap di tengah-tengah rakyatnya . “Saya telah diangkat menjadi ketua saudara sekalian walaupun saya bukanlah orang yang terbaik di antara saudara. Sekiranya saya berbuat baik, berikanlah pertolongan kepada saya, dan sekiranya saya melakukan kesalahan, betulkanlah kesalahanku itu. Ikutlah saya selagi saya menuruti perintah Allah dan Rasulnya, dan sekiranya saya mengingkari (perintah) Allah dan Rasulnya, saudara sekalian tidaklah patut taat kepadaku lagi"

Konsepnya cukup cantik dan sempurna. Rendah diri dan berpegang pada prinsipmembuatkan pemimpin itu disegani rakyat dan disayangi, dek kerana keluhuran budi yang pemimpin itu miliki, negara yang asalnya “ARANG HITAM” bisa bertukar menjadi “BERLIAN MEWAH”.
Kita selusuri pula sejarah pemerintah-pemerintah yang digulingkan rakyat, semuanya kerana apa? Semuanya kerana kesalahan yang pemimpin itu sendiri tidak mampu selindungkan, dinaikkan hanya kerana kerana nama serta dilantik hanya kerana kemahsyuran, bukan pada prinsip, idea dan perjuangan demi rakyat.
Betapa hinanya Ferdinand Marcos di Filipina yang digulingkan melalui “kuasa rakyat” kerana kesilapannya menjadi pemimpin, beliau “diratah” rakyatnya kerana membencikan beliau dan inilah juga caranya Presiden Suharto terpaksa meletakkan jawatannya setelah dipaksa oleh protes popular rakyat Indonesia begitu juga kisah maharaja Syah di Iran yang dijatuhkan takhtanya akibat revolusi rakyat Iran, semuanya kerana apa?
Tanpa prinsip dan kebijakan bersosial, siapapun boleh jatuh. Kini kita sudah jauh dihadapan, warga muda haruslah memandang jauh kehadapan. Kualiti pemikiran kita yang benar-benar matang merupakan ukuran asas untuk kita menentukan dunia masa akan datang. Segala terletak di tangan kita dan di AKAL FIKIRAN kita. Tiada manusia yang sempurna, namun tidak salah mempelajari kesempurnaan. Sekadar sumbangan fikrah untuk dihayati dan didengari.

POSTED ON: Thursday, March 18, 2010 @ Thursday, March 18, 2010 | 1 comments
"BLOG FIRST"
"Maag BLOG ini tidak aktif buat seketika dalam proses pengubah suaian dan dalam usaha melantik AJK pengurusan BLOG FORM (tp spe2 nk wat posting bru bley jer) ini disebabkan semua ahli2 gen 17th sedang buzy"
POSTED ON: Monday, March 1, 2010 @ Monday, March 01, 2010 | 0 comments

---BANYAK RAGAMNNYA---
setelah kira2 sebln kembali ke MATRI......
ku kira teman2 seangkatan sudah rasa kematangan diri masing2
dan aura2 universiti semakin hampir dgn kita
namun jasa murobbi2 kita
x mungkin dilupa begitu sahaja
melihat kesabaran mereka tika pembelajaran
dalam dan luar kelas
membuatkan kita semua selalu
tekad untuk belajar...
sedikit catatan utk 17 gen m3
SPM 2011
15 subjek(seni x derk)

Bahasa Melayu :Cg Omar
-cg paling sproting tp tetap tegas
Physics :Sir Abdul Rahman
- the best physics teacher in this world.....
-always teaches us outside the classroom
-make us always remembering the creator of Allah
English : Teacher Zainab and Sir Yahya
-both always speaking in class ....that sometimes make us did not understand what the said because usually the do not translate in Malay what they said..
-always give essays to improve our english vocabulary especially
Biology :Teacher Norizan
-usually start the class with reciting the Al-Qur'an
-the best biology teacher......
-make the students feel deeply in heart about His creator
-loves to give us monthly tests
Mathematics Modern and Account :Sir Fuad Zaki
-the best account teacher
-loves to smile to his students
-likes to give us homework :)
-our class in biology lab
Chemistry : Teacher Zaiton
-people always call her cg. Ton
-a very lovely teacher
-always remembering us "arrangement in this world by Allah"
-our chemistry class usually in chemistry lab
Ekonomi dan Pendidikan Jiwa :Cg. Azmi Bahari
-suka main2 psikologi dgn pelajar2nya -suka bercerita dan memberi tazkirah
-cg kata dulu dia grang tp
"tarbiyah telah mendidik cg menjd seorg yg penyabar"
(hebat kan :) )
-cg selalu ajar mcm mna nk baca air muka org
(nih plg best)
Add Maths :Cg Saniha
-a very strict teacher but always make us understand about this subject
-a very lovely sister and teacher
Pendidikan Qur'an Sunnah :Ustaz Khairul
-ustaz paling bnyk dpt tawaran kerja termasuk tawaran kerja jadi krew
jejak Rasul tp ttp pilih MATRI
-ustaz plg sporting dan suka cerita pengalaman
-kalo time ajar tak tengok buku dah ...tgk tajuk pun cukup
Pendidikan Syariah Islam :Ustaz Syaari
-ustaz nih suka buat org tak kering gusi
-suka berterus-terang dgn pelajar2 nya
Sejarah :Cg Rosmawar
-cg paling mantap pemikirannya (semua jeles sebab cg dh hafal semua)
-isteri kepada ustaz syaari
-pembelajaran di dalam kelas penuh penghayatan sejarah
-sering memberi peringatan kpd anak2 didiknya
Hafazan :Ustazah Khairul Badariah
-thn ini kena ulang balik hafazan surah Al-Baqarah
-ustazah yg plg sabar dlm melayan karenah anak2 muridnya
-pembelajran yg penuh penghayatan
Science :Cg Nirzana
-a very hardworking teacher
-her homeworks always handmade by herself
-before working at MATRI she is a lecturer
Bahasa Arab :Ustazah Ameenah
-ustazah yg aling bersemangat dan mantap dgn 'vocab' arabic
-kdg2 ustazah ckp kat depan ada yg termangu2 kat blkg
-km semua tekad utk belajar betul2 BA thn ini

akademik kena betul2 mantap
agar kita tidaklah digelar
"insan yg ketinggalan zaman"
akademik A + dakwah A + tarbiyah A = insya-Allah HDA mantap
~moga Allah kira pengorbanan murobbi kita~