POSTED ON: Friday, January 22, 2010 @ Friday, January 22, 2010 | 0 comments
UkhwaH ITU mmg InDaH...
"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan."
UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah...
Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.
Sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."
Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..
Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)
sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu...
Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....
sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.
ukhuwah dapat diselami apabila kita:
......."sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
........"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
........."hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."
.........."memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"
.........."hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"
..........."hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."
writer.....big heart
POSTED ON: @ Friday, January 22, 2010 | 0 comments
"WaniTa yAnG dMuRkaI AllAh"
Niat di hati nk buat sharing psl "gerakan freemason" .......insya-allah lain kali rsanya.....sebab gerakan oleh org2 yahudi nih mmg dh sgt keterlaluan...........post kali ini rseyer lebih baik ckp psl wanita(kter lah kan).......
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.
6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.
8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.
POSTED ON: Friday, January 15, 2010 @ Friday, January 15, 2010 | 1 comments
What'S YouR OpInIOn AbouT LOvE???
( antara kaum adam nd hawa)
( antara kaum adam nd hawa)
Salam alaik.....tampaknya tinggal beberapa hari shj lagi detik persekolahan kita akan bermula....kali ini kita akan mendiskusi tajuk yang sangat2 diminati oleh para remaja sendiri......ini juga merupakan salah satu soalan cepumas dari salah seorang rakan kita juga kepada saya......puas sudah mencari rujukan di merata-rata( isi masa lapang spe suruh kasi cuti lama2) ......akhirnya jawapan yg lengkap menanti kepada soalan tersebut.........
Melalui hidup sebagai remaja(mcm kter2 nih), hidup yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta berlainan jantina dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.( che wah betul nih x tipu....it's a fact)
"Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu. "
Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna' (tp ada gak yg sje2 nak menggatal sebab boring kwn dgn sama jantina...huh??sje menyusahkan diri sendiri). Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya pelajar2 yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.(mcm budak2 m3 lah x yah tgk jauh2)
Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan???Bagaimana!!!???

Saya sendiri rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga(memang x mudah nak jg ati tp knper x cber??).
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.
Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.
Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.
Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.
Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

"Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang."
Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.
Semasa slot HQ cikgu Azmi dan akhi Ali Irfan, mereka juga ada menjawab soalan2 cinta seperti ini...jika mereka ditanya bagaimana caranya untuk menjauhi cinta terlarang ini??....mudah shj jawapannya....
"Carilah kesibukkan yang boleh mengisi masa lapang seperti ibadat yang boleh menghasilkan pahala"
Wallahua'alam.....moga Allah sentiasa bersama kita...
Wallahua'alam.....moga Allah sentiasa bersama kita...
POSTED ON: Monday, January 11, 2010 @ Monday, January 11, 2010 | 0 comments
BIRTHDAY GIRLS

Di Kesempatan tahun baru ini i'm as one of the moderators in this blog wants to say

special punya utk 2 anak jati kelahiran di bulan januari ini letak nme glamour kk
fifah K - 5 Januari 1994 (awalnyer k/long lahir)
and
fad - 26 Januari 1994 (k/ngah pon smer gak dh besar)
fifah K - 5 Januari 1994 (awalnyer k/long lahir)
and
fad - 26 Januari 1994 (k/ngah pon smer gak dh besar)
Alhamdullilah tak sama tarikh kalau tidak jadi kembarlah jwbya ....... msih segar di fikiran ini ketika suasana di kelas kuribai bersama cikgu Azmi .....time tu cikgu bg ciri2 org yg lahir pd bln2 tertentu...dan mstilah mula pd bln januari kan............. kalau bln januari orgnya..
romantik
tp kalau bab cerita no 1 (talkative gurlz yeah' that's both of them)
pemalu(mcm mna ckp bnyk blh jdi pemalu nih hik3)
rajin(nih betullah dgr kata dua2 msk kelas sn???)
setia....(wah2)
gemar akan kanak2 (nih betul sgt nih pantang jmpa dgn baby)
ciTA-CiTa TinGGi (insya-Allah bakal aRKitEk dan EnGinEEr)

Apa lg ????Tp yg pasti habis gamat 1 kelas dibuat oleh cikgu sebab bnyk ciri2 ini kena dgm mereka berdua.... saya dah lupa dah walau aper pon diharapkan both of you can do the best and excellent dalam apa jua keadaan dan keputusan yg diambil......strive hard kkkk.....
Allah always with us and Allah everything for us ...................be the great leader as both of you are the eldest
POSTED ON: @ Monday, January 11, 2010 | 0 comments
TiKa iTu......Sdg saya meng 'click' blog salah seorg guru kita iaitu Cikgu Azmi Bahari........tiba2 langkah terhenti kpd salah satu tajuk iaitu "Sukarnya Untuk Membuat Keputusan" ... walaupun pada mulanya niat di hati ingin mencari sesuatu yg dpt memenuhi persoalan di benak fikiran ini tp niat itu terpaksa dibatalkan seketika setelah membaca tajuk ini ....

Membuat keputusan di dlm tajuk ini bukanlah membuat keputusan utk kita mengambil aliran apa pada tahun 2010 tp membuat keputusan ini adlah dlm rangka utk membaiki diri kita sebagai hamba Allah yg kerdil utk menjadi lebih baik....."Siapkah kita utk bertemu dgn Allah???"...
Kata cikgu.... kadang2 ada orang itu terdetik di hatinya ingin nberubah menjadi baik tp ego dlm dirinya sendiri yg menyebabkan dia mengikut hawa nafsu.....dan seterusnya niat dia utk berubah menjadi lebih baik terkubur begitu sahaja........
Dlm konteks ini siapa yg rugi??? kalau bukan diri sendiri......krn ego dan takutkan cemuhan kwn2 shj yg menyebabkan kita takut utk berubah.......masih ada Allah utk kita.....usahlah melihat cemuhan org lain kerana diri kita sendiri beum tentu sempurna jika terlalu asyik melihat pendpt org.......
Kata- kata terahir ini dari Cikgu Azmi.....