POSTED ON: Friday, January 15, 2010 @ Friday, January 15, 2010 | 1 comments
What'S YouR OpInIOn AbouT LOvE???
( antara kaum adam nd hawa)
( antara kaum adam nd hawa)
Salam alaik.....tampaknya tinggal beberapa hari shj lagi detik persekolahan kita akan bermula....kali ini kita akan mendiskusi tajuk yang sangat2 diminati oleh para remaja sendiri......ini juga merupakan salah satu soalan cepumas dari salah seorang rakan kita juga kepada saya......puas sudah mencari rujukan di merata-rata( isi masa lapang spe suruh kasi cuti lama2) ......akhirnya jawapan yg lengkap menanti kepada soalan tersebut.........
Melalui hidup sebagai remaja(mcm kter2 nih), hidup yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta berlainan jantina dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.( che wah betul nih x tipu....it's a fact)
"Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu. "
Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna' (tp ada gak yg sje2 nak menggatal sebab boring kwn dgn sama jantina...huh??sje menyusahkan diri sendiri). Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya pelajar2 yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.(mcm budak2 m3 lah x yah tgk jauh2)
Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan???Bagaimana!!!???

Saya sendiri rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga(memang x mudah nak jg ati tp knper x cber??).
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.
Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.
Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.
Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.
Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.


"Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang."
Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.
Semasa slot HQ cikgu Azmi dan akhi Ali Irfan, mereka juga ada menjawab soalan2 cinta seperti ini...jika mereka ditanya bagaimana caranya untuk menjauhi cinta terlarang ini??....mudah shj jawapannya....
"Carilah kesibukkan yang boleh mengisi masa lapang seperti ibadat yang boleh menghasilkan pahala"
Wallahua'alam.....moga Allah sentiasa bersama kita...
Wallahua'alam.....moga Allah sentiasa bersama kita...