POSTED ON: Wednesday, December 30, 2009 @ Wednesday, December 30, 2009 | 1 comments
itulah erti sahabat
Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
POSTED ON: Tuesday, December 29, 2009 @ Tuesday, December 29, 2009 | 0 comments
...10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat : BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA? ?
LALUAN MENUJU KE KUBUR a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji b. Hindarkan perasaan irihati (benci) c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL a. Bersihkan diri dengan bertaubat b. Gembirakan hati orang Mu'min c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR a. Mengucap dua kalimah syahadat b. Suka memberi sedekah c. Berkata benar d. Bersihkan dan perbaiki hati
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat b. Sucikan perkataan dan pakaian c. Bersyukur dengan yang sedikit d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN a. Jauhkan perkataan yang sia-sia b. Pendekkan cita-cita dunia c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH d. Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa c. Berpegang teguh dengan hukum syara' d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA a. Banyakkan membaca al-Quran b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu c. Tinggalkan perkara yang maksiat d. Jauhkan segala yang haram
LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh b. Kasihi orang yang soleh c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD a. Kasihilah Nabi ALLAH b. Kasihilah Rasulluah c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
Ke MaNaKaH KiTA sLps InI???
POSTED ON: Saturday, December 26, 2009 @ Saturday, December 26, 2009 | 1 comments
hurm.... selepas ini bermulalah alam dewasa kita semoga thn baru yg akan muncul tidak lama lagi mematangkan pemikiran dan sikap kita sebagai seorang hamba Allah yg Rabbani, students yang memiliki pemikiran yang lebih mantap...... tahun 2010 hurm sgt cantik no itu...kita cuma ada 2 pilihan shj utk memasuki alam f4 ini sama ada nak memasuki kelas aliran........
SAINS
ataupun
SASTERA
......pilihan utk mengikuti mna2 kelas ini bukanlah berdasarkan cita2 mahupun minat kita tp berdasarkan kemampuan kita.....mampu ke kita kalau kita ambil aliran sains???.......x semestinya calon yg mencapai 6A,7A,8A,9A dalam PMR mampu menggondol semua straight A dlm SPM kalau dia hanya memasuki kelas aliran sains cuma utk mencipta nama, tidak mahu diperendah2kan mahupun diperlekehkan oleh teman2 seangkatan yg lain.....tapi x ada usaha dan masih bermanja2 ...... 'X DER MKNERNYER' ..... dan x semestinya pelajar2 yg tak cemerlang dalam PMR tak boleh mengambil aliran sains....tak mustahil semua itu kalau kita masih ada usaha yang MANTAP diiringi dgn TAWAKAL kpd ALLAH.....Allah akan memberi dan menarik REZEKINYA pada bila2 masa shj.....siapa tahu susunan Allah sgt rapi......
ISTIKHARAHlah kita dalam hal ini kerana istikharah itu adalah sebaik-baik perkara yang mampu menghapus unsur ramalan........petunjuk istikharah tidak semestinya dalam mimpi....malah blh hadir dlm bentuk ketenangan hati...hurm begitulah demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama'...Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diperteguhkan lagi dgn pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya,itu pun suatu petunjuk....jika seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya setelah istikharah itu juga merupakan bonus dari Allah SWT buatnya.........PETUNJUK tidak semestinya dalam MIMPI!!!
"Apa sahaja yang diberikan kpd kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya yang sementara, sedang apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal.Maka apakah kamu tidak memahaminya???" (Al-Qasas : 60)
Melalui naluri semata-mata tidak membolehkan manusia mencapai sesuatu yg tidak dapat dilihatnya....manusia memerlukan bimbingan Allah agar tidak tersilap langkah dek kerana terlalu bergantung pada akal dan naluri semata-mata.
PerANcaNgaNYA sgt CaNTik
POSTED ON: @ Saturday, December 26, 2009 | 1 comments
Cuti sek bakal berakhir tak lama lagi......... mcm mana persiapan diri kita utk menghadapi sem baru dgn matlamat .....azam....dan impian yg lebih besar,baru dan bersemangat??? walaupun students f4 akan masuk lewat beberapa minggu tapi itu tidak akan menjadi penghalang utk kita memasang azam yang baru dan mengambil iktibar darp result PMR kita yg lalu.........tp jika diikutkan PMR sebenarnya cuma laluan sepintas hala untuk kita memilih ke mana arah kita utk kertas peperiksaan SPM pula..........
Jadi pasanglah azam dan impian anda dan cuba laksanakan renung2kan kata2 ini
'orang yang bodoh selalu memikirkan masalah yang kecil itu masalah besar dan masalah besar itu sebagai masalah kecil'
Sebagai contoh, Adila salah seorang students f3, dia seorang yg sgt pemalas dan dia tidak pernah kisah dgn sikapnya itu dan setelah mendapat result dia sgt kecewa krn resultnya sgt teruk....dia mengambil jalan pintas utk tidak mahu belajar lagi.......
Senang kan anda pernah dan biasa dengarkan kata2 ini,
'GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMA2NYA'
Kata2 ini bukan hanya boleh diambil mudah krana jika kita hanya merenung kata2 ini shj tanpa mempertingkatkan usaha kita semestinya kejayaan tidak dpt dicapai.........SERIUS lah tmn2 dlm belajar ........semoga NIAT kita UTK BELAJAR SEIRING DGN REDHA ALLAH.....
'ILMU ITU TIDAK AKAN MASUK KE DLM LOHONG HATI YANG GELAP'
perlukah orang memahami kita??
POSTED ON: @ Saturday, December 26, 2009 | 0 comments
In the name of Allah the most Gracious the most Merciful....
Di atas permintaan sahabat yang saya kasihi, dengan izin Allah saya mampu membuat artikel ini....
kadang-kadang kita asyik berfikir 'kenapa orang x paham aku???'
'kenapa orang x cube nak paham aku??'...
bila kita buat sesuatu pasti ada sahaja yang x kena di mata orang x kisah la yang umur berapa pon pasti ada jer yg x kena...
mungkin ada segelintir orang yang memahami kita.. bila orang memahami kita, kita rasa gembira, seronok, bahagia...
tapi sedarkah kita, kita tidak seharusnya rasa tersinggung bila orang x cuba memahami kita atau... x memahami kita... sebab itu hak dia terserah pada diorang nak faham kita atau x....
saya mengaku sya pon kadang-kadang rasa tersinggung dengan sahabat saya... tp kita mesti ingat....
BIAR ORANG X PAHAM KITA.... ASALKAN ALLAH PAHAM KITA....
apabila orang memandang hina atau serong atas perbuatan kita, ingat we never alone, Allah is always beside you , see you, always with your side....
tapi kita kena tengok jugak kelemahan kita, kita x la sempurna sangat kadang2 apa yang orang cakap tentang perbuatan kita, ada betulnya..... jangan fikir kita selalu betul....
sekian terima kasih, salam.
yang memerlukan rahmat-Nya..
keropol
khas untuk sahibah ku
surat untuk insan yang bergelar sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..
Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,
Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..
Sahabatku, Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.
Sahabatku, Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.
Sahabatku, Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?
Sahabatku, Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.
Sekian dariku.
Sahabatmu, Al-Mukhlisah.
ambil dari artikel iluvislam...
sekian dari keropol..
cAm neR nih???
POSTED ON: Thursday, December 24, 2009 @ Thursday, December 24, 2009 | 1 comments
salam alaik
Penantian selama beberapa bln akhirnya berakhir jua dgn pengumuma result beberapa jam yg lalu ......alhamdullilah thn ini sahibah2 form3 patut berbangga dgn diri anda masing2 krn telah berjaya membawa satu perubahan dgn mengatasi markah sahabat kita ....Allah tlh permudahkan segala-galanya......kita yg merancang Allah yg menentukan......kpd hati2 yg masih bersedih usahlah terasa begitu lagi BANGKITLAH KEMBALI SAHABT2 KU GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKSUD GAGAL SELAMA2 NYA.... INGATLAH PERANCANGAN ALLAH SGT RAPI......ADA HIKMAH DI SETIAP KEJADIAN.......tp ambilah pengajaran dr segala2nya..... jgnlah cuba mengulangi kesalahn tersebut.........
Senyumlah kembali duhai teman.....mungkin sblm ini kita belajar last minute....belajar main2.....belajar bukan krana Allah kerana peperiksaan ke??? siapa sangka niat kita kan boleh sentiasa berubah-ubah......muhasabahlah kembali diriku sndiri masih perlu bnyk dibaiki walaupun result ku alhamdullilah Allah lah segala2nya bagiku..........
LOOK AT FRONTlah jgn pandang belakang OK yg dah pergi itu pergilah ...masih bnyk lagi yg perlu ditempuhi ....... Allah itu Maha Cantik so segala susunan dan percaturan ada hikmahnyer ingat tu....BACK UP FRIENDS.......
Tapi....cuba korang semua fikir balik korang dah usaha yg terbaik kan ........yakinlah Allah akan membalasnya dgn apa yg kita usahakan......ambilah pengajaran........peluang masih bnyk di depan........ FIKIR lah secara POSITIF ....... jika kita REDHA dgn ketentuanNya pasti Allah juga akan redha dgn kita....pujuklah hati2mu dgn berzikir dan beristighfar kpd Yang Maha Mendengar.......lagi Maha Penyayang........jika nak dikirakan dugaan kita sgt sedikit berbanding pelarian2 kat IRAQ hurm knaperlah kita x pernah bersyukurkan.........
Allah lah segala2 nya.....skrg nih istikharahlah korang dlm membuat pilihan utk ambil aliran aper.....mintalah pndpt org2 yg sepatutnyer.......INGATLAH DGN USAHA DAN TAWAKAL SHJ KITA BOLEH BERJAYA.........BERJAYA DGN CEMERLANG DI SISI ALLAH....
cEmbUrU kew DeNGki dlm PershbtaN???
POSTED ON: Tuesday, December 22, 2009 @ Tuesday, December 22, 2009 | 0 comments
salam... hurm....nmpknya post utk blog 2 tiga minggu nih mcm x meriah jer mner moderator2 yg lain??? aik cuti smpai x ingat dunia kew??? apepon terlebey dulu sy nak ckp hepi 'pengantin' baru kat semua ex-matri yg dah married hurm utk pengetahuan semua tarikh keramat 19 DISEMBER 2009 tlh menyaksikan rmai anak2 matri yg kawin.......bnyk gak laaa lebey kurang dlm 5 psgn ...ntah2 ader lg ak....aper2pon buat studentds f3 u should think our result first...hurm lg baper jam jer kan mser sy tulih nih hati sy mcm kencang gak tp alhamdullilah Allah helps me.....
sy x tahu lah nas nih sahih kew tak tp saya pernah bce dlm newspaper that say kalo kita baca ayat kursi 100 kali kalo x silap bersama apa yg kita niatkan insya-Allah makbul.........aper2 pon lepas dpt result wat saper2 yg x tahu nak amek aliran aper lagi snang jer buat jer solat istikharah tp nk bg REMIND lah kat sper yg amek kelas sn tulen next year sikap kne btol2 matured x ley main2 x ley manjer2 daa... bnyk yg kne investigate kalo pilih aliran ini....kalo kelas sas pon smelah fokouslah kwn2 ku sekalian struggle 4 spm 2011 nak buat utk ISLAM kan??? so org ISLAM dia sentiasa ader strategi ....hurm siapkanlah diri anda OK...
kiter tukarlaaakk versi ana anti kk dlm memartabatkan lagik BA yg kter blajo nih .....anyway ana nak kongsi gak pasal perasan cemburu dan dengki dalam persahabatan... pada pendapat ana, cemburu dan dengki ney boleh ditafsirkan sbgai dua perkara yang berbeza... ada orang kata cembura tandanya sayang kan...tapi jarang kita dengar dengki tandanya sayang... so apa yg ana paham...cemburu dlm persahabatan it's ok but not too over...
somehow, bagi ana istilah dengki ney tak sepatutnya ada antara sahabat...it's sounds that we are not sincere to each other...but jealousy have a bit difference than dengki...jelousy(the good one bukan cemburu buta k) can make some person change their personality, i mean from bad to good...
sebagai contoh, ana ada sorg sahabat ney...time tu kitorg baru form 1...love to be friend with her...but one fine day dia bagi birthday card kat ana bersama-sama sepucuk surat (time ney dia dah stay kat hostel)...ana pun agak hairan bila baca surat tuh...sedih pun ada gak... dia bagi taw dalam surat tuh dia tak berapa suka ana anggap dia sebagai kawan baik...dia kata kita dua org tak setaraf...ana pandai dia tak pandai sangat...tu yang tak bleh nak stick together... tapi selama ana kawan dengan dia jujur ana tak pernah rasa dia tak pandai ke hapa...ana bersahabat dengan dia seadanya...tak de beza-beza... bila ana tanya kat dia pasal ney, dia juz diam jer...tak nak komen apa2...ana ingat ana salah ke hapa...taw2 dia bagi taw we are not meant to be good friends...lepas kejadian tuh ana pun jarang cakap dengan dia...cakap pun bila perlu...sounds weird kan...dulu nak sembang tak ingat dunia pun tak pa...kita org pun bawa haluan masing2... dia semakin rapat dengan budak2 hostel...dan itu buatkan ana jadi jelous....tapi Allah mcm syg kan ana...dia padamkan perasaan tuh...dia ganti dengan kawan2 yg ramai dan sngt baik dgn ana...
since that accident, ana ubah jadi more positve...tak semestinya bila berkawan kena jadi kan dia tuh bestfren kita...so ana jadi a bit friendly and i've got more and more friends...even though we are not become bestfren or what ever but we still frens...to all may frens really appreciate our percious relationship... semoga Allah menyatukan hati2 kita dalam mencari mardhotillah...
but ana x nak lah nafikan kalo ader bestpren nih mmg best....sweet memory bnyk sgt kan otherwise lak kalo dye syg kat kiter anggap kiter nih mcm sebhg family dier.....hurm...bestkan bersyukurlah kat spe yg ader bestpren tu .....tp biler mai bab ader org jeles nih (hurm nih yg x best nih) kan3x jeles jeles cam ner ek nak buat bg ana x yah lah nak jeles2 nih...wasting time betol aper yg kter dpt sakitkan ati kiter sendiri jerk kan???
cbelah try wat cam nih first2 sekali yg kena buat, bersyukur dulu dgn apa yg ada kat diri kita.. qana'ah.. lepas tu, cuba la try macam2 benda,buat secara bersungguh! sebab kita tak nampak lagi kelebihan kita tu, sebab tu kita rasa inferior.. carilah kelebihan diri, dan optimumkan! carila kelebihan dia, dan belajar untuk baiki kelemahan diri!
urm... sebab tu la Islam suruh kita bersyukur dan think positif.. untungnya jadi orang Islam, kan?
tp kan pada dasarnya setiap insan yang bersahabat selalunya kasihkan sahabatnya. Namun jarang sekali kita sedar bahawa Allah perlulah diletakkan dihadapan setiap perhubungan. saya pasti jika kita mencintai Allah sepenuh hati, pasti tidak berlaku masalah cemburu lagi. hayatilah lagu ini..
analisa 3X
iman sempurna... kita mengaku adanya tuhan, namun larangan tetap dilakukan, ada malaikat kiri dan kanan, tidak diendah akan kehadiran, percaya rasul dan para nabi, sunnah mereka tidak dituruti, quran dibaca tiada penghayatan, isi batinnya tak diamalkan, hidup akhirat engkau yakini, masih mengejar nikmat duniawi, qada dan qadar telah ditentukan, ditimpa musibah hilang redha dan kesabaran
Sistem Semakan Keputusan Permohonan ke Tingkatan Satu Maahad Kawalan YIK
POSTED ON: Sunday, December 20, 2009 @ Sunday, December 20, 2009 | 0 comments
POSTED ON: Wednesday, December 16, 2009 @ Wednesday, December 16, 2009 | 1 comments
salam.....buat semua pembaca..........sungguh x disangkal lagi tlh lamer saya lihat blog nih dh mkin maju .....Alhamdullilah time kasih kpd semua penulis yg x segan2 nak curahkan idea...... ukhwah itu ibarat mutiara yups that's right......why...urm....sebab mutiara kan berkilau so dye akn sentiasa meyinari hidup kta selalu tambah2 kalo kte kwn ngan dye krn Allah....selalu kalo kat matri abg2 ngan akak2 ckp 'kutip2lah mutiara kat matri nih' ape yg saya drt rungkaikan mutiara tu bkn jer usrah dan halqah2 yg kita slalu follow on jer tp shbt kta sendiri pon mutiara gak...
kalo xde depe spelah yg nak warnai idup kta kan3......usai menulis nih sy sgt terharu ngan kata2 salah seorg yg chat dlm kotak chatroom blog nih dye kater dye x ske org tegur dye kasar2 nak org tegur lembut2 bru dye boley except....urm bg sy sendiri dakwah itu mmg pelbagai.....yer x salah kter nak tegur org tp kan ader caranyer.....kalo terkene carernyer pasti ader hikmahnyer tp maybe kalo kali nih maybe dye x tahu awk jenis mcm mne so dye tegur directlah ape2pon kalo hati org yg betul2 berIMAN nih ape yg org ckp kita akan terima dgn sikap open-mindednyer kta.................. bkn nak memuji tp paling dekat pon ambillah cth akhi Hilal ader satu maser time dye ceramah tu dye sanggup bg kertas kat sume org semata-mata minta org comments psl diri dya....wah2 kalo antunna sendiri cuba antunna wat cam tu sanggup kew .....dia sanggup terima pandangan org dgn open-minded nyer....hurm so back to daaa basic let's muhasabah ourselves....thinking about that...kkkk bring this true story tp bkn real name......(ade rujuk2 iluvislam skit)
Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida, teman yang dikenalinya semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khalida walaupun sudah lama mereka berkenalan.
“Zinnirah! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”
Zinnirah tersentak. Suara lantang Khalida membuatkan Zinnirah berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta.
“Boleh juga”
Khalida girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah, hampir-hampir sahaja kening halus milik Zinnirah bercantum.
“Khalida…” Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin.
“Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah.. Lagipun…”
“Er, Khalida, kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.
“Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah bukan selalu pun..”
Zinnirah beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi, namun Zinnirah masih cuba tersenyum.
“Kita harus mengenali siapa mad’u1 kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u1 kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”
Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Harissah, naqibah2 halaqahnya. Zinnirah merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… Khalida telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Zinnirah kembali tenang…
“Zinnirah, awak marah saya ke?”
Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya
“Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, cantik..”
Khalida diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Zinnirah. “Zinnirah, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”
Zinnirah menghela nafas.
“Khalida, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”
“Mestilah yang dalam kotak tu.”
“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”
Khalida diam, merenung jauh…
* * *
Usai solat subuh, Zinnirah duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..
“Zinnirah”
Terdengar suara Khalida memanggil, Zinnirah merenung muka Khalida, penuh kasih..
“Awak dah solat?” Zinnirah bertanya.
“Dah.. er, Zinnirah, saya ada hajat sebenarnya”
“Apa dia?”
“Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”
Zinnirah tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie3.
“Boleh..” Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung, bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi.
Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.
“Terima kasih Zinnirah..”
Zinnirah senyum.
“Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”
“Khalida… labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”
“Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”
“Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”
“Zinnirah, terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”
* * *
Hari minggu itu Khalida pulang ke kampung meninggalkan Zinnirah keseorangan… Zinnirah redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati..
Zinnirah, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak
Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…
* * *
“Assalamualaikum…”
Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta…
“Khalida…” Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh..
“Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”
“Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”
Lantas, Khalida memeluk Zinnirah erat… Dalam hati, Zinnirah berdoa..
Semoga kau istiqamah sahabatku!
huh..........thanks 4 reading nih skit sebnyk yg berlaku kat diri sy tp lain sket laaaa apepon ingatlah pertlg Allah itu sgt dekat ....dan Allah itu AMAT DEKAT...sedekat2 dgn urat leher kita...
TEMaN KeRdIlNyA DiRi INI
POSTED ON: Monday, December 14, 2009 @ Monday, December 14, 2009 | 0 comments
Astaghfirullah, alhamdulillah, allahu akbar.. Bersyukurku padaMu ya Allah Kau telah tunjukkanku jalan pencerahan ini.. Jalan yang membebaskan aku daripada sifat dengki, Yang membebaskan aku daripada rasa gelisah tak tentu arah Yang membebaskan aku dari rasa tamak dan kecewa yang berlebihan
Kerana aku dahulunya Adalah seorang nak sahaja menang dalam apa yang aku impikan Adalah seorang yang jarang bertolak ansur dengan orang lain Adalah seorang yang suka memencilkan diri daripada khayalak ramai (privacylah konon) Adalah seorang yang selalu gelisah melampau2 Apabila tiada kekasih di sisi Apabila keputusan dalam kehidupan tak seperti yang diimpi Apabila kerja yang besar belum lagi dicapai Apabila duit yang banyak belum lagi diperoleh Akan menyebabkan aku banyak berfikir Sampai kepala pun pening dan sakit Yang akhirnya menyebabkan aku migrain
Sedihnya aku Apabila berjumpa dengan sahabat lama Yang pemikirannya Seolah2nya, kerja yang best itu adalah matlamat hidupnya Katanya, kalau boleh nak kerja yang dapat banyak duit So, bolehlah rileks2 bila dah tua nanti
Malunya aku Aku seolah2 melihat diriku yang dulu Itulah pemikiranku yang dahulu Mahukan kerja yang gah, hebat Untuk kepuasan hidup Berkiblatkan duit, kerja dan perkahwinan Tapi selepas itu tak tahu nak buat apa Tujuan hidup kita sekadar itu sahajakah?
Seorang sahabat yang hebat disebut2 Hebat dalam pelajaran, semestinya Semua kagum dengannya Yang selalu menjadi sainganku sejak sekolah lagi Namun, aku kerap kali ditinggalkan di belakang Diriku selalu dibandingkan dengan dirinya Yang menyebabkan aku rasa tak puas hati Dan terkial2 nak cari kelebihanku yang lain Agar aku juga dipandang tinggi
Namun, setelah mendapat pencerahan Aku mendapat tahu Dahulunya aku leka bermain lumpur jahiliyyah Betapa jahilnya aku dulu Kurang sekali aku bersyukur padaMu Aku sering kali lupa Bahawa betapa adilnya Allah Allah tidak melihat pada kepandaian Allah tidak melihat pada kecantikan Allah tidak melihat pada kekayaan Allah tidak melihat pada jawatan2 yang best Tapi, Allah lebih melihat pada amal dan taqwa kamu
Sayangnya aku Pada sahabatku itu Aku mahu menolong dia Aku mahu mengkhabarkan pada dia Bahawa ada benda best yang aku nak kongsi Suatu perdagangan yang kamu takkan rugi (surah as-saff:10)
Aku mahu khabarkan Bahawa kelebihan yang Allah beri itu Adalah bukan untuk kepentingan diri sahaja Tetapi alangkah indahnya Kalau digunakan untuk kebaikan orang lain Digunakan untuk ummah, untuk Islam
Sedarlah wahai sahabatku Janganlah sempitkan pemikiranmu Kita ada tugas besar yang kita kena buat Allah tak menjadikan kita main-main (surah al-mu'minun: 115) Allah tak menjadikan kita sia-sia Ada amanah besar yang sepatutnya kita laksanakan
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini indahnya ukhwah itu bila semuanya krn Allah....indah jua uhkwah itu bila teman di sisi sanggup menasihati di kala duka dan lara...bertambah indahnya ukhwah itu jika 'dia' sentiasa mengingati kita tntng amaran Allah...sesungguhnya teman yg sebenar-benar teman adalah seseorg yg selalu menasihati dan memberi kata-kata perangsang dlm hidup ini........CARILAH SEBENAR2 TEMAN.......SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MEMBANTU HAMBA2NYA
yg x pernah penat type-PRECIOUS MOMENTS (ade amek posting dr akak ah nyer skett)
CinTA....HalaLkaH IA???
POSTED ON: @ Monday, December 14, 2009 | 1 comments
Diriku tergerak utk melakar sesuatu....niat ku hanya satu moga Allah beri PETUNJUK padamu duhai pembaca....
“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada uztaz di dalam satu ceramah anjuran Nisa’ WP tempoh hari.
“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, uztaz memberikan jawapan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
“Macam mana cara orang melawan cinta?”, uztaz bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, uztaz mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.
Biasa benar KUbertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah.
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati!
Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.
MENGELAK CINTA!!??
Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.
Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.
Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak pokok. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, "Kenapalah diriku belum dipetik?" Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Tak semestinya dipetik di taman dunia bukan? Tapi lebih bermakna apabila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayangiNya utk memetik di taman akhirat kelak.
Kemudian, dengan bersemangatnya, kuceritakan pada yang lain agar mereka dapat merasai apa yang ku rasa. Dan banyak kali ku teruji atas apa yang ku katakan, dan ini juga tarbiyah dari Allah jua yang menuntut agar kita melakukan apa yang yang kita perkatakan.
Ya, jika buayafriend dan gelifriend itu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka saling tidak takut kepada Allah, terimalah neraka dunia sebelum Neraka Akhirat So, back to the basic, muhasabah balik, bagaimana hubungan cinta kita dengan Allah?Dialah yang tanpa jemu mendengar segala rintihan kita, rayuan kita, doa kita.. tapi, kita seringkali lupa padaNya apabila berada dalam keadaan senang, dan hanya mencari Dia ketika waktu susah sahaja..
Itulah dia sifat tak kenang budi seorang manusia, sifat tidak bersyukurnya seorang manusia..Allahlah tempat mengadu kita sama ada pada waktu senang ataupun susah. Jadikanlah Allah sebagai prioriti kita, tujuan (ghoyah) kita, mengatasi segala-galanya.
Fikirkan… don’t begin if that is the end in your mind!
Belajarlah semasa ini, untuk saling membuktikan yang kita memang peduli kepada Allah yang Maha Kuasa, kerana hanya dengan Allah sahaja kita mampu untuk terus saling percaya mempercayai. Dia rujukan kita. Kita tidak membelakangkan Dia.
Cabaran cinta terkadang menjadi menekan untuk students skunk.Rasanya sebab persekitaran yang menjadikannya sedemikian. orang kata tak ‘cool’ kalau tak bercouple.
Budak sekolah pun hatta sekolah rendah pun pandai nak bermain cinta.
ntuk teman2 , tidak ada yang lebih berkesan untuk melupakan cinta selain dari menyibukkan diri seperti kata ustaz dan sentiasalah ingat ibu-bapa di kampung.
Buat ‘dek’ je bila ada orang lain bercouple …. sentiasalah ingat, bila tiba masanya cinta akan datang tanpa perlu banyak bersusah payah jika kita ikhlas.
Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik…jadi apa yang perlu dirisaukan sangat. Berusahalah untuk menjadi yang baik kerana fitrah alam memang begitu.
Allahu’alam
yg mmg x pernah penat type-PRECIOUS MOMENTS (mase type nih aderlah rujuk2 bnyk website2 mcm saifulislam.....jawharahmukhtariah)
WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE. WRITE SOMETHING ABOUT YOURSELF & YOUR PICTURE HERE.