CinTA....HalaLkaH IA???
POSTED ON: Monday, December 14, 2009 @ Monday, December 14, 2009 | 1 comments
Diriku tergerak utk melakar sesuatu....niat ku hanya satu moga Allah beri PETUNJUK padamu duhai pembaca....Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada uztaz di dalam satu ceramah anjuran Nisa’ WP tempoh hari.
“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, uztaz memberikan jawapan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
“Macam mana cara orang melawan cinta?”, uztaz bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, uztaz mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.
Glitterfy.com - Glitter Graphics
MELAWAN CINTA
Biasa benar KUbertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah.
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati!
Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.
MENGELAK CINTA!!??
Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.
Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak pokok. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, "Kenapalah diriku belum dipetik?" Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya. Mungkin bukan di dunia, tapi di akhirat. Tak semestinya dipetik di taman dunia bukan? Tapi lebih bermakna apabila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayangiNya utk memetik di taman akhirat kelak.
Kemudian, dengan bersemangatnya, kuceritakan pada yang lain agar mereka dapat merasai apa yang ku rasa. Dan banyak kali ku teruji atas apa yang ku katakan, dan ini juga tarbiyah dari Allah jua yang menuntut agar kita melakukan apa yang yang kita perkatakan.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ya, jika buayafriend dan gelifriend itu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka saling tidak takut kepada Allah, terimalah neraka dunia sebelum Neraka Akhirat
So, back to the basic, muhasabah balik, bagaimana hubungan cinta kita dengan Allah? Dialah yang tanpa jemu mendengar segala rintihan kita, rayuan kita, doa kita.. tapi, kita seringkali lupa padaNya apabila berada dalam keadaan senang, dan hanya mencari Dia ketika waktu susah sahaja..
Itulah dia sifat tak kenang budi seorang manusia, sifat tidak bersyukurnya seorang manusia.. Allahlah tempat mengadu kita sama ada pada waktu senang ataupun susah. Jadikanlah Allah sebagai prioriti kita, tujuan (ghoyah) kita, mengatasi segala-galanya.
Fikirkan… don’t begin if that is the end in your mind!
Belajarlah bersusah payah mengekang nafsu… kerana susah payah itulah bekal bahagia.
Belajarlah semasa ini, untuk saling membuktikan yang kita memang peduli kepada Allah yang Maha Kuasa, kerana hanya dengan Allah sahaja kita mampu untuk terus saling percaya mempercayai. Dia rujukan kita. Kita tidak membelakangkan Dia.
Cabaran cinta terkadang menjadi menekan untuk students skunk.Rasanya sebab persekitaran yang menjadikannya sedemikian. orang kata tak ‘cool’ kalau tak bercouple.
Budak sekolah pun hatta sekolah rendah pun pandai nak bermain cinta.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
ntuk teman2 , tidak ada yang lebih berkesan untuk melupakan cinta selain dari menyibukkan diri seperti kata ustaz dan sentiasalah ingat ibu-bapa di kampung.
Buat ‘dek’ je bila ada orang lain bercouple …. sentiasalah ingat, bila tiba masanya cinta akan datang tanpa perlu banyak bersusah payah jika kita ikhlas.
Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik…jadi apa yang perlu dirisaukan sangat. Berusahalah untuk menjadi yang baik kerana fitrah alam memang begitu.
Allahu’alam
yg mmg x pernah penat type-PRECIOUS MOMENTS(mase type nih aderlah rujuk2 bnyk website2 mcm saifulislam.....jawharahmukhtariah)